Tatkala jiwa diduga dan terduga
Pada saat yang tak sangka datang menerpa
Itulah waktu yang paling ku terasa
Terlalu sebak walau tak sepatutnya melanda
Bila masa tu tiba dengan serta-merta
Pedih yang teramat bagai disuntik jiwa
Meraung sekelumit hiba berdarah tanpa kata
Ku digemparkan pula dengan berita lain tak semena-mena
Tentang tinta hati lagi ku memang tak rela
Pendirian dan keputusan sudah dipacak dengan tekad
Semakin ku tahu semakin ku ingin dekat kepada hasrat
Mencapai solusi yang ku fikirkan lebih tepat
Tak ingin berpaling dengan impian yang ada
Walau benar wanita bisa menggoncang dunia
Ku tak ingin goncangkan milik yang sememangnya tiada
Apa yang kau ingin buktikan cintamu benar belaka
Kerana cintaku pada insan bukan mainan belaka
Terima kasih kerana kau ingin mencuba
Tapi caraku berbeza bukan sandiwara belia semasa
Yang hanya terima dan berkata 'ya, aku rela...'
Masa lampaumu jadikan iktibar buat dirimu
Cari penghibur jiwa yang lebih layak buatmu
Hasratmu tak memastikan segunung impian buatku
Sebagai mahar hantaran yang ingin kau sampaikan kepadaku
Mungkin kerana langkah hidupku berbeza dari dulu
Tak usahlah kau cuba mengenali diriku
Ukhuwwah yang wujud di medan perjuangan satu tika dulu
Jadikan pahit manis persahabatan dalam bidang ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment