Friday, March 17, 2006

Buat bunga mujahidahku...



Nafas pagi bersalut qalbu yang kerdil
melewati hari menyingkap kenangan
hanyut dalam dakapan pinta ketenangan
jiwa yang halus merindukan gantungan pengharapan
mentafsir kesan dan sisa yang tinggal
untuk menguji fikrah yang masih terkapai
mencari sinar untuk bertemu pawana
yang belum lagi sirna

Gugurnya bunga diiringi embun pagi
Jangan kalis biarkan sahaja basahnya
Agar dingin dan segar membuka setiap lembaran
Biar ada durinya supaya cekal dengan masa
Yang menantikan terkumpulnya bunga-bunga segar
Menerima waraqah dan khabar sa'idah
Walau diracuni dan dibiar berdarah
Kerana tegar dengan janji Illahi
Tidakkan hancur bunga yang suci
Di taman Illahi

- karya pena widz -