Bintang yang dulu berkerdipan
Semakin pudar warnanya
Bahtera yang belayar tenang
Seakan terdampar di tengah lautan
Mencari pelangi belum terbuka hijabnya
Seperti terkasyaf pandangan mata
Ke arah yang benar untuk terus usaha
Bebas dari kencaman yang meragut sukma
Kerana kesedaran itulah perubahan dimulakan
Kerana perubahan itulah perjuangan diteruskan
Kerana perjuangan itulah ghadul bashar dipertahankan
Kerana hifdzul qalb itulah su'uzdan dijauhkan
Kerana cintaNya itulah masih dipatrikan kekuatan
Berilah HambaMu peluang dalam destinasi ini
Jauhilah HambaMu dari rasa kecewa hati
Walau mungkin hingga diri ini tiada bermaya
Kau tetap cintaku yang pertama
Friday, August 26, 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)