Sunday, March 27, 2005

Jeda

Mahu berlari
Ternyata masih berjalan
Mahu berjalan
Ternyata masih bertatih
Kapan harus begini
Rasa ingin diterjang saja
Merusuh di ruang kalbu

Usaha tatih itu
Agar bisa berjalan
Latih jalan itu
Agar bisa berlari
Bisik pula di kupingku
Usah lari hingga lupa diri

Jeda
Jalanlah dan lihat di kelilingmu
Keindahan kurniaan Tuhan
Jeda
Tatihlah dan pimpin mereka
Yang memerlukan pimpinanmu
Jeda

Lari, jalan dan tatih
Kerana roda masa
Kerana usia mengejar kita
Kerana haq dan batilNya
Kerana kita tetap HambaNya

Wednesday, March 16, 2005

Gugurnya daun kering

Ku kutip daunan berguguran
Ditiup sang bayu layu akhirnya
Ibarat hidupku lesu tiada bermaya
Tidak sehebat seorang pujangga

Ku ada kerana wujudnya Pencipta
Ku bernyawa hanya keranaNya
Kerananya jua terciptanya Cinta
Tinggi nilainya tiada terhingga

Terlanjur diriku kerana alpa
Semua hanyalah dusta dunia yang fana
Ku insafi dosa masa yang silam
Hanya kerana kesedaran yang semakin matang

Tuhan, jangan kau palingkan hati ini
Setelah diriku kini ku insafi
Ku pernah menzalimi diri
Kerana kebendaan ku ingkari

Ya Allah, redhailah hidupku
Ampunkanlah dosa-dosaku
Hati yang dulu sudah berlalu
Hati kini biar bertaut di kalbuku

Sunday, March 06, 2005

Perjuangan Srikandi

Srikandi tersungkuh dalam perjuangan
Mentafsir mimpi serta kepastian
Menuju tariq yang masih kekaburan
Terkapai-kapai mencari sinaran
Lautan ilmu tiada batasan

Walau tetap tersungkuh dalam perjalanan
Yang pasti gugurnya bukan jawapan
Kerana satu hari nanti bangkitlah dirinya
Teruskan medan ilmuan
Dengan penuh gigih dan keikhlasan

Pantang srikandi menyerah
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Hiduplah, srikandi Islam
Kentalkan jiwa, Quwwahkan fikrah...

Saturday, March 05, 2005

Pujangga Silam

Ku buka lembaran jadid dalam atma tenang syahdu...
Bermula dengan Kalam Assalamu'alaikum...

****************************************************

Pujangga Silam siapakah kau
Yang mahir menganyam bahasa
Sarat mengadun fikir dan rasa
Menghampar tikar mutiara ke persada bangsa

Tiada nama yang kau tinggalkan
Hanya khazanah seni
Lahir dari pengamatan pengalaman
Mewarnakan kehidupan mewarnakan kehidupan

Siapakah kau pencipta pantun dan syair
Penyampai penglipur lara
Menghibur dengan cerita jenaka

- Senandung Silam